Sunday, 21 September 2014

ZAMAN KEGEMILANGAN MELAYU MELAKA


                                         NAMA AHLI KUMPULAN :

1 AHMAD AFIFI BIN NANI 08DKM14F1025
2 MOHD TAUFIQ BIN MOHAMED 08DKM14F1037
3 MOHD EZZUL BIN MOHD IZZAT 08DKM14F1073
4 MUHAMMAD AMIR FIRDAUS BIN AZAMANI@AZMAN 08DKM14F1149
5 WAN AHMAD ALIF SYAZWAN BIN CHE MOHD 08DKM14F1109

TERANGKAN ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DARI SUDUT POLITIK , EKONOMI DAN PENDIDIKAN

PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA
SESI : JUN 2014
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PENSYARAH : PUAN ZALYPAH HASAN


                                                             PENGENALAN
Kesultanan Melayu Melaka (كسلطانن ملايو ملاك) diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

                                                                          ISI

                                                                  
                                                                       POLITIK

 Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka adalah kerana Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China, armada Ming berperan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut. Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Malaya yang tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthiya.Hubungan dplomatik antara Melaka China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melakapada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti.China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka.Melaka juga menghantar utusan ke China.Berdasarkan Sulalatus Salatin kerajaan ini merupakan kelanjutan dari Kerajaan Melayu di Singapura, kemudian serangan Jawa dan Siam menyebabkan pusat pemerintahan berpindah ke Melaka. Dinasti Ming mencatat Parameswara sebagai pendiri Melaka mengunjungi maharaja Yongle di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah kedaulatannya. Sebagai balasan ufti yang diberikan,maharaja China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada Melaka, kemudian tercatat ada sampai 29 kali utusan Melaka mengunjungi maharaja Cina.

                                                                 

                                                                   PENDIDIKAN


. Terdapat dua jenis pendidikan yang diamalkan daripada generasi kesultanan Melayu Melaka, iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
2. Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal atau asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga. la masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu hingga ke hari ini.
3. Pendidikan di peringkat keluarga menekankan pengajaran nilai-nilai moral serta pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
4. Kanak-kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapanya menerusi pemerhatian dan latihan seperti dalam bidang pertanian, perikanan, kraftangan atau pertukangan.
5. Ibu bapa juga mengajar anak-anak tentang hal-hal yang berhubung dengan agama, kelakuan dan adat resam, sikap bersopan santun, cara berkawan dan cara menjaga maruah.
6. Pendidikan melalui kaedah bercerita dengan menyerap nilai­-nilai budaya yang murni dan unsur pengajaran melalui cerita­-cerita lisan, seperti cerita binatang dan cerita jenaka.
7. Kanak-kanak turut mempelajari pantang-larang dan adat istiadat melalui pergaulan social. Dinasihatkan agar tunduk sambil menghulur tangan apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua.
8. Menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki dan pepatah seperti Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri mengajar kanak-kanak agar berkelakuan balk dan jangan sesekali bercakap bohong.
                                                    
                                                         PERKEMBANGAN

1. Pendidikan bercorak formal telah berkembang pesat dan tidak lagi terhad kepada golongan atasan sebaliknya melibatkan semua golongan.
2. Dilaksanakan di beberapa tempat, iaitu istana, masjid, rumah, surau, madrasah serta pondok.

Pendidikan di Rumah
1. Pendidikan di rumah memberi penekanan kepada pengajaran al-Quran.
2. Pendidikan diadakan di rumah tok guru.
3. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur antara 7 tahun hingga 15 tahun.
4. Selepas waktu zohor atau maghrib.
5. Menggunakan kitab Muqaddam dan Al-Quran.
6. Tiada bayaran kepada tok guru.
7. Di masjid dan surau kanak-kanak diajar dengan ilmu yang lebih formal seperti fikah, tajwid, cara dan bacaan dalam sembahyang serta perkara yang wajib diketahui oleh orang Islam.
8. Pada sebelah malam pula, masjid dan surau dipenuhi orang dewasa, terlibat dalam pengajian keagamaan seperti ilmu fikah, usuluddin, hadis dan tasawuf pada tahap yang lebih tinggi.

Sistem Pendidikan Pondok
1. Merupakan salah satu bentuk pendidikan formal.
2. Bermula sejak abad ke 12 Masehi di Pattani dan berkembang ke negeri-negeri lain.
3. Pendidikan pondok memberi penekanan kepada ilmu keagamaan.
4. Menyediakan pelajar-pelajamya untuk bertugas sebagai guru agama atau berkhidmat kepada masyarakat setelah tamat pengajian.
5. Pelajar-pelajarnya akan mengambil masa yang panjang, sehingga 10 tahun sebelum menamatkan pengajian mereka. Ilmu yang dipelajari seperti fekah, tafsir, saraf, nahu Arab, tauhid, sirah, mantiq dan tawarikh Islam.
6. Sistem pendidikan tersusun.
7. Murid-murid mesti berpakaian menutup aurat.
8. Murid-murid tinggal di pondok secara berkongsi.

Sistem Pendidikan Madrasah
1. Sistem pengajian madrasah berdasarkan sukatan pe1ajaran.
2. Dilaksanakan secara kelas.
3. Terdapat jadual waktu.
4. Pendidikannya pula mengikut tahap, iaitu tahap permulaan dan pendidikan madrasah ini diawasi oleh mudir, iaitu guru besar.
5. Perjalanan diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.

                                                                 ISTANA

1. Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengajian agama seperti yang dicatatkan dalam Sejarah Melayu.
2. Sultan Mansur Shah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar, manakala Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad pula berguru dengan Maulana Sadar Jahan.
3. Ramai ulama dan pendakwah yang terdiri daripada pelbagai bangsa asing menetap di Melaka dan menyebabkan bidang pendidikan Islam bekembang dengan pesat di Melaka.
4. Kerajaan Melaka memberikan perhatian yang sewajarnya kepada perkembangan ilmu pengetahuan menyebabkan ramai yang menetap di sini.
5. Pemerintah Melaka berminat terhadap ilmu pengetahuan apabila kitab al-Dur al-Manzum karangan Maulana Abu Bakar, telah diarak hingga ke balairung istana Melaka.
6. Sultan Mansur Shah dikatakan sangat berminat dalam pengajian tasawuf.
7. Semasa pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah yang memerintah di Johor, istana dijadikan sebagai pusat pengajian.
8. Istana berperanan sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang disimpan di istana Melaka.
9. Istana sebagai pusat pendidikan yang berkaitan dengan hal pentadbiran negara dan sistem politik.
                                                                        

 TULISAN

1. Memperkenalkan tulisan jawi daripada huruf Arab dan dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu sebagai bahasa pengantara dengan para pedagang.
2. Tulisan jawi telah menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan serta menjadi hak milik orang Melayu.
3. Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan istilah baru daripada bahasa Arab atau bahasa al-Quran seperti adat, adil, daulat, hakim dan hukum.
4. Memperkayakan istilah untuk bidang lain khasnya dalam cabang ilmu Islam, misalnya fikah, tauhid dan tafsir.
5. Bahasa Melayu telah berkembang dan menjadi bahasa lingua-franca di kawasan Kepulauan Melayu yang mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia.
 6. Bahasa Melayu meningkatkan tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu dan bahasa pengantara pedagang yang singgah di Melaka.
                                                                        EKONOMI

  Sejak abad ke-12 aktiviti perdagangan yang membabitkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan didominasikan oleh pedagang Islam yang telah mempengaruhi perkembangan perdagangan di Melaka dan Alam Melayu.
2. Melaka terbabitkan secara aktif dalam perdagangan timur dan barat yang berkait rapat dengan saranan Islam yang menegaskan aktiviti ini merupakan sumber rezeki yang besar, malahan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri terbabit secara langsung dalam aktiviti tersebut.
3. perdagangan menjadi salah satu saluran yang memesatkan proses pengislaman di Melaka hingga menjadi pusat perdagangan yang penting pada abad ke 15.
4. Walaupun Melaka tiada rempah ratus yang diperlukan oleh pedagang luar namun kedudukannya yang strategik membantu perkembangan perdagangan.
5. Pentadbiran yang licin dan teratur menyediakan pelbagai kemudahan kepada pedagang asing dan menyebabkan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar.
6. Kerajaan Melaka mewujudkan jawatan laksamana bagi manjaga urusan kelautan dan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan.
7. Undang-Undang Laut Melaka digubal terutama dalam hal ehwal yang berkaitan dengan tugas-tugas nakhoda, jurumudi dan seumpamanya.
8. Kepesatan perdagangan di Melaka dibuktikan dengan terdapatnya 84 bahasa, yang dipertuturkan tetapi bahasa Melayu sebagai lingua-franca kepada pedagang.
9. Sistem timbang dan sukat telah diperkenalkan di bawah tanggungjawab syahbandar dengan mengunakan sistem tahil dan kati.
10. Timbangan yang menggunakan dacing timbangan ialah sistem bahara emas, perak, bahan wangian dan batu permata serta rempah ratus.
11. Kaedah yang digunakan di Melaka dalam urusan perdagangan, ialah kaedah pertukaran barang dan penggunaan mata wang logam.

                                                         
  MATA WANG


1. Mata wang timah pada zaman Melaka, berbentuk bulat dan beratnya ialah satu kati lapan tahil dengan nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam dicatat.
2. Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay digunakan di Melaka serta boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan.
3. Tiap-tiap mata wang emas tertera dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut.
4. Di bahagian belakang mata wang itu pula tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin.
                                                     
                                                           PEDAGANG

1. Di Melaka, para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai terhadap barang dagangan mereka sebelum urusan pemiagaan dapat dilakukan.
2. Cukai yang paling asas ialah cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya telah ditetapkan oleh pemerintah.
3. Para pedagang yang datang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam, dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah barangan yang dibawa.
4. Pedagang dari Jepun dan China pula dikehendaki membayar cukai sebanyak lima peratus.
5. Terdapat barangan tertentu yang dikecualikan cukai seperti beras dan makanan.
6. Setelah semua cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar yang disediakan sepanjang Sungai Melaka.
7. Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai, iaitu yang datang dari kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus dan orang asing sebanyak enam peratus.
8. Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan dikalangan orang Islam tetapi, dibenarkan kepada golongan ceti yang memberikan pinjaman wang.
9. Pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta yang disimpan. Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan.

                                                       RUMUSAN  

 Kesimpulannnya zaman Kesultanan Melayu Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya dari segi politik , ekonomi dan pendidikan . Pelbagai bukti telah dikemukakan dan ini menunjukkan Melaka sebagai kerajaan mampu mencapai kejayaan seperti kerajaan barat.

RUJUKAN
  1. W.G. Shallebear, 1612. Sejarah Melayu edisi 1961 halaman 82.
  2. "Pemerintah Pertama Melaka: Parameswara (1394-1414)". Sejarah Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia. 2000. Capaian 2009-01-22.
  3. Salasilah Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan
  4. Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (The Branch) XVI: 32.
  5. Buyers, Christopher. "The Ruling House of Malacca - Johor". Capaian 2009-06-13

1 comment:

  1. Slots Casinos Near Me - MapyRO
    Looking for 안산 출장마사지 Casinos Near Me? 진주 출장안마 Find your nearest 포항 출장샵 casino and 통영 출장안마 find your nearest game. Find the closest casino to you and 강원도 출장마사지 play the most popular slot machines.

    ReplyDelete